Thursday, May 26, 2016

INI SEBENARNYA TUGAS KITA...!!!

Nyawa




Salah satu amanah ALLAH kepada kita. 
Untuk dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya.
Justeru, hargailah kesempatan yang masih ALLAH berikan. 
Gunakan dengan sebaiknya. Penuhi dengan selayaknya.
Kita dihidupkan di dunia ini bukan untuk saja-saja...
bukan untuk sia-sia...
bukan untuk suka-suka...
 Tapi ada misi dan tanggungjawab yang perlu dilaksana.

"AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU." (Az-Zariyat, ayat 56)

"Dan DIA lah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan DIA mengangkat (darjat) sebahagian kamu di atas yang lain......" (Al-An'am ayat 165)

Nah! ALLAH telah nyatakan dua peranan kita di dunia secara terang dan jelas dalam Kalam suci-NYA. 
Sebagai hamba (beribadah kepada-NYA) dan sebagai khalifah untuk menyebarkan syiar agama tauhid ini. 
Adakah kita masih ragu-ragu? Atau masih mahu buat tidak tahu?

Ibadah..bukan dalam masjid sahaja. Bukan di atas sejadah semata. 
Jangan disempitkan sesuatu yang luas. 
Jangan disusahkan sesuatu yang mudah.

IBADAH itu luas dan mudah definisinya.

Makan itu ibadah.
Mandi itu ibadah
Belajar itu ibadah
Malah, tidur juga boleh menjadi ibadah.

Yang penting, tunjangkan semuanya kepada ALLAH.
Niat seikhlasnya kerana DIA.

Makan = Tenaga = Ibadah
Mandi = Kebersihan = Ibadah
Belajar = Ilmu =Ibadah
Tidur = Kesihatan =Ibadah


Jadi, mulai sekarang, niatkan semua aktiviti yang kita lakukan ikhlas kerana ALLAH. Tapi, yang baik-baik saja ya. 
(Maknanya, jgn sesekali buat perkara yang ALLAH larang) ^^

Ini sekadar contoh. Untuk melengkapkan apa yang kurang. 
Cubalah sedaya kita untuk melakukan ibadah khusus dengan sebaiknya. 
Mantapkan yang WAJIB, dan tingkatkan yang SUNAT. 

Sama-sama kita berusaha!

Awak dan saya :)

Kerana kita sama-sama mahu ke syurga, kan?

Yang kedua..tentang tugas sebagai khalifah..ingat ya, kita semua adalah khalifah. 


Ya..kita semua memegang TITLE itu!

Maksudnya di sini, tugas berdakwah dan menyampaikan kebaikan itu bukan hanya khusus untuk alim ulama, ustaz ustazah, hafiz hafizah, budak agama atau yang seangkatan dengannya sahaja.

Ia tugas kita semua

Tak kira la awak doktor perubatan ke, cikgu sejarah ke, pensyarah kimia ke, petani ke, jurutera ke, pakar IT ke, pelajar teknologi makanan ke (ehh?) hatta suri rumah tangga sepenuh masa pun, tetap ada title khalifah itu.

Kalau kita memang belajar ilmu agama, dan berpeluang mendalaminya, Alhamdulillah, itu satu kelebihan.

Tapi, kalau kita memang kurang ilmu agama, dan tak berpeluang mempelajarinya secara formal, jangan pula tinggalkan langsung tugas berdakwah tu.

Buatlah semampu kita.
Dengan ilmu yang kita ada.
Yang penting kita cuba.
Menjalankan tanggungjawab kita dengan sebaiknya.

Dalam masa yang sama, cubalah perbaiki diri.
Menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari.
Kerna kita ini milik Ya Rabbul Izzati.
Tidakkah berasa malu bertemu dengannya tanpa bekal yang mengiringi?

Sama-sama kita cuba!

Wednesday, May 25, 2016

Jangan diungkit kisah silamnya

Berubah! Dan berubahlah!
Hijrah! Dan berhijrahlah!

Mudah
Senang

Untuk ditutur
Untuk diucap

Payah
Perit

Untuk dilaksana
Untuk dibuat

Tapi

Tidak mustahil
Tidak mustahil
Tidak mustahil

Penghijrahan memerlukan hati dan semangat yang kuat. Iman yang utuh, niat yang padu serta sokongan yang hebat, antara ramuan terpenting dalam penghasilan produk diri yang baharu. Bukanlah senang untuk menjadi manusia yang benar-benar baharu, yang lain daripada dulu, yang mahu membersihkan debu, yang duri menanti di segenap penjuru, yang...yang ternyata jauh dari dunia yang lalu. Baru sahaja mula melangkah, sudah ada cela menerpa. Baru sahaja langkah dibuka, perli herdik menerjah sukma. 

Jika seseorang itu sedang berubah, jangan diungkit kisah silamnya, kerana kita tidak akan pernah mengerti betapa susah dan deritanya dia mahu memadamkan sejarah itu.

Jika seseorang itu sedang berhijrah, 
jangan terlalu mengharap dia menjadi sempurna, kerana kita tidak pernah tahu betapa sakitnya duri hijrah itu.
Jika seseorang itu berkata aku mahu menjadi lebih baik, bantulah, bimbinglah, bukan membanding-bandingkan dia dengan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu betapa banyak airmatanya mengalir kerana dirinya yang lalu,

Tidak semua yang kita nampah indah itu, 
indah sebenarnya.
Tidak semua yang kita nampak kuat itu, 
kuat sebenarnya.

Tidak semua harus diceritakan
Tidak semua perlu dikongsikan
Tidak semua mesti ditunjukkan.

Pelihara lidahmu.
Jaga tingkah laku mu.
Jangan kerana lidah dan sikapmu, menyebabkan dia yang ingin berubah itu kembali menjadi dirinya yang lama.


Moga Allah Redha. Wallahua'lam

Friday, November 23, 2012

9 Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia


Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. PemarahSifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2. PendendamSifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. Hasad dengkiAmalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. BakhilSentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia


5. TamakOrang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabarAndainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.


7. EgoIbu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.


8. RiakTerseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..


9. Cinta duniaTidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.
Makin tinggi sifar mazmumah seseorang, semakin dia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Friday, September 21, 2012

Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat…”



Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
 




  
Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?
 
  


  


Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
 

TUTUR
 katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya
 adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya
 bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN
 air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH
 ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA… dan sangat BERHARGA.
 

Thursday, May 24, 2012

Perempuan & Aurat..




Kak madina: Nursyamimi...!!! Jom le balik, penat dh merayau kat GreentownMall nie... Buku pun dh bayar... jom-jom...

Nursyamimi: Ala akak nie..rileks le dulu. Pusing2 lg, cuci mata tengok buku...!!!

Kak madina:  Cuci mata tengok buku xpe le, tp kita ni dh t'lebih cuci mata dh nie...

Nursyamimi:  Paham dh 'maksud' akak... iyo la... jom balik...

Kak madina:  Tetiba akak rasa kesian kat adik2 remaja ni... Try tengok sekeliling kita... rata2 x menutupi aurat dgn sempurna... Tudung sengaja dinaikkn, baju ketat n pendek, seluar muat2 saiz kaki je, yg x b'tudung lg le... aish.. kesimpulanny semua x memenuhi KPI syariat le...!!!

Nursyamimi:  Itu le... free je yg bkn mahram cuci mata tengok p'hiasan eksklusif yg sepatutny dorg simpan khas utk suami... Sampai takut mimi tengok cara pemakaian dorg ni... So akak... apa tindakan kita..??? Cara dakwah yg t'baik...???

Kak madina: 1st, buat benda yg paling senang, semua org boleh buat...

Nursyamimi:  Apa yg senang?

Kak madina:  Doa... Kita kena doakn mereka agar suatu hari nanti Allah beri hidayah & kekuatan kat dorg utk taat & patuh dlm m'jaga aurat seperti yg Allah perintahkn... Tlg doa setiap kali b'temu org2 yg begini... Never under estimate the power of Doa...

Nursyamimi:  o.. betul2..!!! Hidayah milik Allah... Allah juga yg mampu m'ubah hati hambaNya... tugas kita, mohon agar Allah hadirkn hidayahNya ke dlm hati mereka... 
2nd, akak? he2...

Kak madina:  2nd, bina suasana islamik & patuh syariah semampu kita... Dlm keluarga, bina basic yg kukuh... Setiap dr kita perlu betulkn ahli keluarga t'lebih dahulu, then teman n org2 sekeliling kita... Teman sekeliling yg dh biasa, mungkin senang utk tegur... Melawak lbh kurang, ok la kot...
3rd, cuba fikir apa lg yg kita mampu buat... Akak t'ingin nk edarkn risalah atau bookmark yg ada pesanan tentang aurat ni kat sape2 je yg akak jumpa walaupun x kenal dorg... Susunan kata perlu b'hikmah agar tdk melukakn, tapi 'menyentuh' jiwa-jiwa tersebut...



Nursyamimi:  Subhanallah... Betulkn,akak... at least kita mampu utk jawab p'tanyaan Rabbul Jalil nanti... kita dh cuba utk buat sesuat... hu2, b'salahny rasa... Ustazah sekolah mimi penah cerita, dia sedih sgt tengok ex-student sekolah kitorang yg belajar agama ni, bila dh habis universiti, identiti pakaian patuh syariat ni pun habis melayang... Entahlah..

Kak madina:  Itu persoalan basic iman dalam diri seseorang... Penampilan, akhlak & apa yg t'zahir ni adlh pantulan kualiti iman kita... Mungkin environment yg m'ubah diri seseorg, tp kita kena kuat le... jgn sampai p'sekitaran 'mengalahkan' iman kita...

Nursyamimi:  Allahu rabbana... bantulh kami... amin...! Jom terus balik, prepare handouts n bookmark tentang aurat ni... Next week kita dtg lagi, akak... Edar benda alah tu... he2... :)

Kak madina:  Amboi, semangat nampak...!!! Yg penting istiqamah... jgn hangat2 mula2 je :)

Nursyamimi:  InsyaAllah.. mohon Allah p'mudahkan.. amin..




TIPS CINTA SUAMI ISTERI


1.Cium tangan suami & dahi isteri setiap kali sblm b'pisah ke tpt kerja masing2...
2. Jika b'pisah lbh dr sehari seperti utk tugasan luar daerah, tambah ruti harian td dgn pelukn & ciuman dibibir...
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkn masa utk menelefon pasangan  
sekurang2ny sekali walau sekadar utk b'tanya apa yg sdg dilakukn...
4. Sentiasa ucapkn kata2 syg seperti I love you  sepenuh hati sblm keluar kemana2, menamatkn p'bualan di telefon& sblm tidur ...
5. Sentiasa m'cari peluang utk mkn tengah hari b'sama krn pastiny ia tiada 
gangguan anak2 jika pd hari bekerja...
6. Amalkn b'tanya apa yg berlaku sepanjang hari slps pulang dr kerja sebagai 
tanda m'ambil berat & m'beri peluang pasangan meluahkn perasaan...
7. Luangkn masa utk b'bual tentang apa shj dr isu rumah tangga hinggalh politik 
semasa sblm tidur...
8. Mudah b'baik jika b'laku sebarang p'telingkahan, jgn biar b'larutan walau utk 1 jam sekali pun apatah lg b'hari2...
9. Temani pasangan smasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil 
m'baca akhbar misalny krn apa yg penting anda berada disisiny...
10. Jgn sesekali b'pisah tpt tidur walau anak sudah b'deret atau usia sudah
meningkat krn ia adlh salah satu amalan penting utk m'eratkn kasih syg...
11. Amalkn sembahyang b'jemaah semasa di rumah, b'doa b'sama serta 
b'salam2an selepasny...
12. Biasakn b'gilir gelas atau pinggan semasa makan serta tdk segan atau geli utk m'habiskn makanan atau minuman bekas suami...
13. Sesekali buatlh kejutan spt m'beli hadiah atau kad utk peristiwa t'tentu, 
memakai pakaian dlm yg seksi atau apa sahaja yg anda tahu pasangan pasti 
menyukainy...
14. Senda gurau dlm rumah tangga amat pting, ceritalh sesuatu yg kelakar, teka teki atau apa shj yg m'bolehkn anda ketawa b'sama...
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing2 spt susah payah isteri melahirkn anak & suami yg bekerja keras menyara keluarga...
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta utk m'elakkn pasangan merasa jemu...
17. Apa shj masalah yg timbul, b'terus terang & b'bincang b'sama utk 
menyelesaikanny...
18. Sentiasa menyimpan tekad utk m'jadi suami/isteri yg baik dlm rumah tangga 
bahagia krn fikiran positif akn memudahkn anda m'capai matlamat tersebut…
* Jika amalan2 di atas tdk pernah dilakukn sehingga anda membacanya hari ini, 
jadikanlah ia sebagai titik p'mulaan utk melakukanny tanpa rasa ragu & malu...

Selamat m'cuba bg yg x pernah praktik kn tu...

klu yg dh mmg sdg praktik kn  tu teruskn & semoga ikatan suami

isteri akn lbh manis lgi... insyallah...  kekal bahagia ke usia tua...
Wallahua'lam  

Berdoa dan usahakan segala kebaikan~




Indahnya Islam... Segalanya dimulakan dengan doa, bermula dari bangun tidur hingga tidur kembali pada malamnya. Prinsip doa agar hati sentiasa terikat dalam mensyukuri, mengingati dan memuji Allah swt. Allah yang Maha Baik, menginginkan kebaikan buat hamba-hambaNya... Dengan berdoa dan berusaha ke arah kebaikan, segala kebaikan pasti dianugerahkan. Kebaikan dari segi keberkatan, kebahagiaan, kesihatan, ketenangan, dipermudahkan urusan dan pelbagai kebaikan lagi...

Berdoa dan lakukanlah segala kebaikan... Pasti kebaikan jualah yang menghampiri diri. Jika doa belum dikabulkan, yakinilah bahawa Allah yang Maha Baik pasti mengabulkannya sedikit waktu lagi. Pasti! Andai dianugerahkan sesuatu yang berbeza, yakinilah Allah yang Maha Bijaksana telah menganugerahkan yang terbaik buat kita pada penilaianNya, bukan penilaian kita yang amat terbatas. Hakikatnya, semua nikmat dan ujian adalah suatu kebaikan buat kita, maka teruskanlah memilih jalan-jalan kebaikan dalam hidup... agar kebaikan jua lah yang akan hadir dalam segenap ruang kehidupan ini...

"Wahai Tuhanku yang Maha Baik... lorongkan hambaMu ini ke arah jalan-jalan kebaikan dan ketaatan kepadaMu... Hindarilah hambaMu ini dari melakukan dosa yang boleh mengundang murkaMu.. Ampunilah dosa hamba yang seringkali bermaksiat, bertaubat dan berdosa kembali.. Ampuni segala kelemahan seorang hamba yang masih bertatih dalam menggapai RedhaMu ini... Terimalah ya Allahu Rabbi... Yang Maha Hebat dengan nilai kasih sayang dan belas kasihMu..."