Berubah!
Dan berubahlah!
Hijrah!
Dan berhijrahlah!
Mudah
Senang
Untuk
ditutur
Untuk
diucap
Payah
Perit
Untuk
dilaksana
Untuk
dibuat
Tapi
Tidak
mustahil
Tidak
mustahil
Tidak
mustahil
Penghijrahan
memerlukan hati dan semangat yang kuat. Iman yang utuh, niat yang padu serta
sokongan yang hebat, antara ramuan terpenting dalam penghasilan produk diri
yang baharu. Bukanlah senang untuk menjadi manusia yang benar-benar baharu,
yang lain daripada dulu, yang mahu membersihkan debu, yang duri menanti di
segenap penjuru, yang...yang ternyata jauh dari dunia yang lalu. Baru sahaja
mula melangkah, sudah ada cela menerpa. Baru sahaja langkah dibuka, perli
herdik menerjah sukma.
Jika
seseorang itu sedang berubah, jangan diungkit kisah silamnya, kerana kita tidak
akan pernah mengerti betapa susah dan deritanya dia mahu memadamkan sejarah
itu.
Jika seseorang itu sedang berhijrah,
jangan terlalu mengharap dia menjadi sempurna, kerana kita tidak pernah tahu
betapa sakitnya duri hijrah itu.
Jika seseorang itu berkata aku mahu
menjadi lebih baik, bantulah, bimbinglah, bukan membanding-bandingkan dia
dengan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu betapa banyak airmatanya
mengalir kerana dirinya yang lalu,
Tidak semua yang kita nampah indah itu,
indah sebenarnya.
Tidak semua yang kita nampak kuat itu,
kuat sebenarnya.
Tidak semua harus diceritakan
Tidak semua perlu dikongsikan
Tidak semua mesti ditunjukkan.
Pelihara lidahmu.
Jaga tingkah laku mu.
Jangan kerana lidah dan sikapmu,
menyebabkan dia yang ingin berubah itu kembali menjadi dirinya yang lama.
Moga
Allah Redha. Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment