Thursday, May 26, 2016

INI SEBENARNYA TUGAS KITA...!!!

Nyawa




Salah satu amanah ALLAH kepada kita. 
Untuk dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya.
Justeru, hargailah kesempatan yang masih ALLAH berikan. 
Gunakan dengan sebaiknya. Penuhi dengan selayaknya.
Kita dihidupkan di dunia ini bukan untuk saja-saja...
bukan untuk sia-sia...
bukan untuk suka-suka...
 Tapi ada misi dan tanggungjawab yang perlu dilaksana.

"AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU." (Az-Zariyat, ayat 56)

"Dan DIA lah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan DIA mengangkat (darjat) sebahagian kamu di atas yang lain......" (Al-An'am ayat 165)

Nah! ALLAH telah nyatakan dua peranan kita di dunia secara terang dan jelas dalam Kalam suci-NYA. 
Sebagai hamba (beribadah kepada-NYA) dan sebagai khalifah untuk menyebarkan syiar agama tauhid ini. 
Adakah kita masih ragu-ragu? Atau masih mahu buat tidak tahu?

Ibadah..bukan dalam masjid sahaja. Bukan di atas sejadah semata. 
Jangan disempitkan sesuatu yang luas. 
Jangan disusahkan sesuatu yang mudah.

IBADAH itu luas dan mudah definisinya.

Makan itu ibadah.
Mandi itu ibadah
Belajar itu ibadah
Malah, tidur juga boleh menjadi ibadah.

Yang penting, tunjangkan semuanya kepada ALLAH.
Niat seikhlasnya kerana DIA.

Makan = Tenaga = Ibadah
Mandi = Kebersihan = Ibadah
Belajar = Ilmu =Ibadah
Tidur = Kesihatan =Ibadah


Jadi, mulai sekarang, niatkan semua aktiviti yang kita lakukan ikhlas kerana ALLAH. Tapi, yang baik-baik saja ya. 
(Maknanya, jgn sesekali buat perkara yang ALLAH larang) ^^

Ini sekadar contoh. Untuk melengkapkan apa yang kurang. 
Cubalah sedaya kita untuk melakukan ibadah khusus dengan sebaiknya. 
Mantapkan yang WAJIB, dan tingkatkan yang SUNAT. 

Sama-sama kita berusaha!

Awak dan saya :)

Kerana kita sama-sama mahu ke syurga, kan?

Yang kedua..tentang tugas sebagai khalifah..ingat ya, kita semua adalah khalifah. 


Ya..kita semua memegang TITLE itu!

Maksudnya di sini, tugas berdakwah dan menyampaikan kebaikan itu bukan hanya khusus untuk alim ulama, ustaz ustazah, hafiz hafizah, budak agama atau yang seangkatan dengannya sahaja.

Ia tugas kita semua

Tak kira la awak doktor perubatan ke, cikgu sejarah ke, pensyarah kimia ke, petani ke, jurutera ke, pakar IT ke, pelajar teknologi makanan ke (ehh?) hatta suri rumah tangga sepenuh masa pun, tetap ada title khalifah itu.

Kalau kita memang belajar ilmu agama, dan berpeluang mendalaminya, Alhamdulillah, itu satu kelebihan.

Tapi, kalau kita memang kurang ilmu agama, dan tak berpeluang mempelajarinya secara formal, jangan pula tinggalkan langsung tugas berdakwah tu.

Buatlah semampu kita.
Dengan ilmu yang kita ada.
Yang penting kita cuba.
Menjalankan tanggungjawab kita dengan sebaiknya.

Dalam masa yang sama, cubalah perbaiki diri.
Menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari.
Kerna kita ini milik Ya Rabbul Izzati.
Tidakkah berasa malu bertemu dengannya tanpa bekal yang mengiringi?

Sama-sama kita cuba!

Wednesday, May 25, 2016

Jangan diungkit kisah silamnya

Berubah! Dan berubahlah!
Hijrah! Dan berhijrahlah!

Mudah
Senang

Untuk ditutur
Untuk diucap

Payah
Perit

Untuk dilaksana
Untuk dibuat

Tapi

Tidak mustahil
Tidak mustahil
Tidak mustahil

Penghijrahan memerlukan hati dan semangat yang kuat. Iman yang utuh, niat yang padu serta sokongan yang hebat, antara ramuan terpenting dalam penghasilan produk diri yang baharu. Bukanlah senang untuk menjadi manusia yang benar-benar baharu, yang lain daripada dulu, yang mahu membersihkan debu, yang duri menanti di segenap penjuru, yang...yang ternyata jauh dari dunia yang lalu. Baru sahaja mula melangkah, sudah ada cela menerpa. Baru sahaja langkah dibuka, perli herdik menerjah sukma. 

Jika seseorang itu sedang berubah, jangan diungkit kisah silamnya, kerana kita tidak akan pernah mengerti betapa susah dan deritanya dia mahu memadamkan sejarah itu.

Jika seseorang itu sedang berhijrah, 
jangan terlalu mengharap dia menjadi sempurna, kerana kita tidak pernah tahu betapa sakitnya duri hijrah itu.
Jika seseorang itu berkata aku mahu menjadi lebih baik, bantulah, bimbinglah, bukan membanding-bandingkan dia dengan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu betapa banyak airmatanya mengalir kerana dirinya yang lalu,

Tidak semua yang kita nampah indah itu, 
indah sebenarnya.
Tidak semua yang kita nampak kuat itu, 
kuat sebenarnya.

Tidak semua harus diceritakan
Tidak semua perlu dikongsikan
Tidak semua mesti ditunjukkan.

Pelihara lidahmu.
Jaga tingkah laku mu.
Jangan kerana lidah dan sikapmu, menyebabkan dia yang ingin berubah itu kembali menjadi dirinya yang lama.


Moga Allah Redha. Wallahua'lam