Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah
:
1. PemarahSifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling
banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya tidak tenang.
2. PendendamSifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di
dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas
dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau
tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit
jantung.
3. Hasad dengkiAmalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
memiliki sifat ketuhanan.
4. BakhilSentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,
pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci
orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap
memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui
manusia
5. TamakOrang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan
puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau
berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi..
Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan
oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki
kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi
mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabarAndainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah
lagi hal-hal yang lebih besar.
7. EgoIbu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling
tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir
mahupun batin.
8. RiakTerseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk
dipuji.Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia
akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah
marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..
9. Cinta duniaTidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila
sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati
jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia
itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi
letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara
TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.
Makin tinggi sifar mazmumah seseorang, semakin dia tidak
BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia
jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu
sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"