Friday, November 23, 2012

9 Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia


Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. PemarahSifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2. PendendamSifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. Hasad dengkiAmalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. BakhilSentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia


5. TamakOrang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabarAndainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.


7. EgoIbu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.


8. RiakTerseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..


9. Cinta duniaTidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.
Makin tinggi sifar mazmumah seseorang, semakin dia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Friday, September 21, 2012

Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat…”



Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
 




  
Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?
 
  


  


Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
 

TUTUR
 katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya
 adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya
 bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN
 air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH
 ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA… dan sangat BERHARGA.
 

Thursday, May 24, 2012

Perempuan & Aurat..




Kak madina: Nursyamimi...!!! Jom le balik, penat dh merayau kat GreentownMall nie... Buku pun dh bayar... jom-jom...

Nursyamimi: Ala akak nie..rileks le dulu. Pusing2 lg, cuci mata tengok buku...!!!

Kak madina:  Cuci mata tengok buku xpe le, tp kita ni dh t'lebih cuci mata dh nie...

Nursyamimi:  Paham dh 'maksud' akak... iyo la... jom balik...

Kak madina:  Tetiba akak rasa kesian kat adik2 remaja ni... Try tengok sekeliling kita... rata2 x menutupi aurat dgn sempurna... Tudung sengaja dinaikkn, baju ketat n pendek, seluar muat2 saiz kaki je, yg x b'tudung lg le... aish.. kesimpulanny semua x memenuhi KPI syariat le...!!!

Nursyamimi:  Itu le... free je yg bkn mahram cuci mata tengok p'hiasan eksklusif yg sepatutny dorg simpan khas utk suami... Sampai takut mimi tengok cara pemakaian dorg ni... So akak... apa tindakan kita..??? Cara dakwah yg t'baik...???

Kak madina: 1st, buat benda yg paling senang, semua org boleh buat...

Nursyamimi:  Apa yg senang?

Kak madina:  Doa... Kita kena doakn mereka agar suatu hari nanti Allah beri hidayah & kekuatan kat dorg utk taat & patuh dlm m'jaga aurat seperti yg Allah perintahkn... Tlg doa setiap kali b'temu org2 yg begini... Never under estimate the power of Doa...

Nursyamimi:  o.. betul2..!!! Hidayah milik Allah... Allah juga yg mampu m'ubah hati hambaNya... tugas kita, mohon agar Allah hadirkn hidayahNya ke dlm hati mereka... 
2nd, akak? he2...

Kak madina:  2nd, bina suasana islamik & patuh syariah semampu kita... Dlm keluarga, bina basic yg kukuh... Setiap dr kita perlu betulkn ahli keluarga t'lebih dahulu, then teman n org2 sekeliling kita... Teman sekeliling yg dh biasa, mungkin senang utk tegur... Melawak lbh kurang, ok la kot...
3rd, cuba fikir apa lg yg kita mampu buat... Akak t'ingin nk edarkn risalah atau bookmark yg ada pesanan tentang aurat ni kat sape2 je yg akak jumpa walaupun x kenal dorg... Susunan kata perlu b'hikmah agar tdk melukakn, tapi 'menyentuh' jiwa-jiwa tersebut...



Nursyamimi:  Subhanallah... Betulkn,akak... at least kita mampu utk jawab p'tanyaan Rabbul Jalil nanti... kita dh cuba utk buat sesuat... hu2, b'salahny rasa... Ustazah sekolah mimi penah cerita, dia sedih sgt tengok ex-student sekolah kitorang yg belajar agama ni, bila dh habis universiti, identiti pakaian patuh syariat ni pun habis melayang... Entahlah..

Kak madina:  Itu persoalan basic iman dalam diri seseorang... Penampilan, akhlak & apa yg t'zahir ni adlh pantulan kualiti iman kita... Mungkin environment yg m'ubah diri seseorg, tp kita kena kuat le... jgn sampai p'sekitaran 'mengalahkan' iman kita...

Nursyamimi:  Allahu rabbana... bantulh kami... amin...! Jom terus balik, prepare handouts n bookmark tentang aurat ni... Next week kita dtg lagi, akak... Edar benda alah tu... he2... :)

Kak madina:  Amboi, semangat nampak...!!! Yg penting istiqamah... jgn hangat2 mula2 je :)

Nursyamimi:  InsyaAllah.. mohon Allah p'mudahkan.. amin..




TIPS CINTA SUAMI ISTERI


1.Cium tangan suami & dahi isteri setiap kali sblm b'pisah ke tpt kerja masing2...
2. Jika b'pisah lbh dr sehari seperti utk tugasan luar daerah, tambah ruti harian td dgn pelukn & ciuman dibibir...
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkn masa utk menelefon pasangan  
sekurang2ny sekali walau sekadar utk b'tanya apa yg sdg dilakukn...
4. Sentiasa ucapkn kata2 syg seperti I love you  sepenuh hati sblm keluar kemana2, menamatkn p'bualan di telefon& sblm tidur ...
5. Sentiasa m'cari peluang utk mkn tengah hari b'sama krn pastiny ia tiada 
gangguan anak2 jika pd hari bekerja...
6. Amalkn b'tanya apa yg berlaku sepanjang hari slps pulang dr kerja sebagai 
tanda m'ambil berat & m'beri peluang pasangan meluahkn perasaan...
7. Luangkn masa utk b'bual tentang apa shj dr isu rumah tangga hinggalh politik 
semasa sblm tidur...
8. Mudah b'baik jika b'laku sebarang p'telingkahan, jgn biar b'larutan walau utk 1 jam sekali pun apatah lg b'hari2...
9. Temani pasangan smasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil 
m'baca akhbar misalny krn apa yg penting anda berada disisiny...
10. Jgn sesekali b'pisah tpt tidur walau anak sudah b'deret atau usia sudah
meningkat krn ia adlh salah satu amalan penting utk m'eratkn kasih syg...
11. Amalkn sembahyang b'jemaah semasa di rumah, b'doa b'sama serta 
b'salam2an selepasny...
12. Biasakn b'gilir gelas atau pinggan semasa makan serta tdk segan atau geli utk m'habiskn makanan atau minuman bekas suami...
13. Sesekali buatlh kejutan spt m'beli hadiah atau kad utk peristiwa t'tentu, 
memakai pakaian dlm yg seksi atau apa sahaja yg anda tahu pasangan pasti 
menyukainy...
14. Senda gurau dlm rumah tangga amat pting, ceritalh sesuatu yg kelakar, teka teki atau apa shj yg m'bolehkn anda ketawa b'sama...
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing2 spt susah payah isteri melahirkn anak & suami yg bekerja keras menyara keluarga...
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta utk m'elakkn pasangan merasa jemu...
17. Apa shj masalah yg timbul, b'terus terang & b'bincang b'sama utk 
menyelesaikanny...
18. Sentiasa menyimpan tekad utk m'jadi suami/isteri yg baik dlm rumah tangga 
bahagia krn fikiran positif akn memudahkn anda m'capai matlamat tersebut…
* Jika amalan2 di atas tdk pernah dilakukn sehingga anda membacanya hari ini, 
jadikanlah ia sebagai titik p'mulaan utk melakukanny tanpa rasa ragu & malu...

Selamat m'cuba bg yg x pernah praktik kn tu...

klu yg dh mmg sdg praktik kn  tu teruskn & semoga ikatan suami

isteri akn lbh manis lgi... insyallah...  kekal bahagia ke usia tua...
Wallahua'lam  

Berdoa dan usahakan segala kebaikan~




Indahnya Islam... Segalanya dimulakan dengan doa, bermula dari bangun tidur hingga tidur kembali pada malamnya. Prinsip doa agar hati sentiasa terikat dalam mensyukuri, mengingati dan memuji Allah swt. Allah yang Maha Baik, menginginkan kebaikan buat hamba-hambaNya... Dengan berdoa dan berusaha ke arah kebaikan, segala kebaikan pasti dianugerahkan. Kebaikan dari segi keberkatan, kebahagiaan, kesihatan, ketenangan, dipermudahkan urusan dan pelbagai kebaikan lagi...

Berdoa dan lakukanlah segala kebaikan... Pasti kebaikan jualah yang menghampiri diri. Jika doa belum dikabulkan, yakinilah bahawa Allah yang Maha Baik pasti mengabulkannya sedikit waktu lagi. Pasti! Andai dianugerahkan sesuatu yang berbeza, yakinilah Allah yang Maha Bijaksana telah menganugerahkan yang terbaik buat kita pada penilaianNya, bukan penilaian kita yang amat terbatas. Hakikatnya, semua nikmat dan ujian adalah suatu kebaikan buat kita, maka teruskanlah memilih jalan-jalan kebaikan dalam hidup... agar kebaikan jua lah yang akan hadir dalam segenap ruang kehidupan ini...

"Wahai Tuhanku yang Maha Baik... lorongkan hambaMu ini ke arah jalan-jalan kebaikan dan ketaatan kepadaMu... Hindarilah hambaMu ini dari melakukan dosa yang boleh mengundang murkaMu.. Ampunilah dosa hamba yang seringkali bermaksiat, bertaubat dan berdosa kembali.. Ampuni segala kelemahan seorang hamba yang masih bertatih dalam menggapai RedhaMu ini... Terimalah ya Allahu Rabbi... Yang Maha Hebat dengan nilai kasih sayang dan belas kasihMu..."

Friday, May 11, 2012

MAKSUD TERSIRAT DI SEBALIK RUANGAN ”WALL” DI FACEBOOK?




Sebelum membaca entri ini, di sarankan minda geng2 semua di buka seluas2nya….pastinya ada pro dan kontra tapi ambillah mana yang baik, buang mana yang buruk…ok?
facebook oh facebook…..tentunya korang dah biasa baca  rintihan dan luahan di facebook iaitu di ruangan wall  kan?….kadang2 perkara yang x molek pun bleh di update..macam2 status ada..contohnya bergaduh laki bini, marah meroyan x tentu pasal, mencarut, maki hamun dan melucah…serta macam2 lagi…menyampah?? yup..memang adakalanya menyampah… tapi…ok……itu hak masing2….akaun masing2 kan…..terpulanglah…… so apa kena mengena dengan entri ni??
ok..untuk pengetahuan korang…luahan,rintihan dan curahan rasa korang tu menyamai dengan ritual yang di lakukan oleh orang yahudi iaitu “wailing wall of israel”…  apa tu??  ok,nanti aku terangkan..sebelum tu tengok gambar2 ni…






 ”WALL” ? apa maknanya?? yaa..DINDING…soalan kacang tapi nanti dulu..teruskan membaca….
facebook di tubuhkan oleh siapa? lagi soalan senang…>>>> Mark Zuckerberg kan?, bangsanya??>> YAHUDI.
so, WALL dan YAHUDI? apa kaitan?? ok, kaitan antara mereka memang x di nafikan lagi..sangat erat dan sinonim. DINDING RATAPAN. “wailing wall of israel”…. Ia adalah sisa dinding purba yang mengelilingi halaman kuil Yahudi..’laman suci’ untuk mereka…Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segala2nya.
masih x faham?? klik link ni…
BANGSA YAHUDI LUAH RASA>> DI WALL ”wailing wall of israel”
‘KITA’ LUAH RASA >>>DI WALL FACEBOOK
rasa2nya ada kena megena x dengan fb ciptaan Mark Z ni?? 
try  www.google.com dan search “wailing wall of israel”. confirm korang akan dapat macam result….
nampak x eratnya yahudi dan wall??
Nauzubillah….so….berhati2lah dengan permainan mereka yang sentiasa cuba untuk menyesatkan umat Islam….yup..bukan terang2ngan..tapi secara halus……halussss….sedar or x terpulang pada kita..
ya..bukan x boleh meluah rasa di facebook tapi biarlah berpada2….maksudnya jangan terlampau ikut emosi….yang boleh membuatkan kita mendapat dosa..bukan kita,kawan2 dan yang membacanya pun boleh dapat ‘saham’…..semolek2nya kalau masalah rumahtangga contohnya x perlulah di war2kan di fb….kurang2kanlah maki hamun,caci,berkata2 kurang sopan……
seeloknya…kongsi2lah ilmu atau nasihat ataupun sesuatu yang berguna untuk di sebarkan sesama kita…..contohnya cerita2 agama… Postkanlah kata-kata hikmah Quran, Hadis atau Ulama terdahulu tentang Agama Islam…
Mungkin niat mereka nak merosakkan Umat Islam tapi kita boleh ambli kesempatan dengan membangunkan Agama Islam melalui platform mereka. Semoga korang semua tak tergolong dalam golongan yang merugikan…..
Wallahu a’lam.
p/s: ingatan untuk diri sendiri jugakkk…. ;))

Thursday, May 10, 2012

Doa ketika berhadapan dengan musuh


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka.




Maksudnya:


Ya Allah, engkaulah Pembantuku dan Engkaulah Penolongku dan dengan pertolongan Engkaulah aku berperang.




Maksudnya:


Cukuplah bagi kami pertolongan Allah dan Allahlah sebaik-baik penolong.

Doa ketika keluar rumah


Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".


Maksudnya:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku".

Tuesday, May 8, 2012

Doa Sebelum Masuk ke Kelas atau Dewan Peperiksaan

"YA ALLAH, PERSIAPKANLAH KAMI DENGAN

URUSAN KAMI, MELALUI PETUNJUK-MU”

 
Bacalah doa ini dengan penuh khusyuk sebelum melangkah masuk ke dalam dewan atau bilik peperiksaan.

Selain itu, bacalah doa mula belajar di bawah berulang kali supaya kalian semua tidak gugup sewaktu menjawab kertas peperiksaan.
Amin... Amin... Amin...


Doa Ketika Sedih






Terjemahan:

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Doa Selepas Solat



Doa ringkas selepas menunaikan solat




Terjemahan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Semoga kita mendaat menfaat dari doa selepas solat di atas...sebar-sebarkan...semoga pahalanya berpanjangan...insyaAllah...

Monday, May 7, 2012

IKTIBAR DARI SEBATANG PENSEL


ASSALAMU’ALAIKUM..
SEKADAR BERKONGSI CERITA.

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Tulis tentang pengalaman ibu?”
“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”
“Apa yang istimewanya tentang pensel ini? “ tanya si anak.
“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini, walaupun sebatang pensel, ada lima
Nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”
“Ya ibu.”

Pertama
, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini,

Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang
Membimbing tingkah hidupmu, iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut
Kehendak Nya.
 
Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya.
Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan cantik tulisannya.
Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia
menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah, Namun kita boleh memadamkan dan
Membetulkan tulisan itu semula. Begitulah ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki
Kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan,
Kita akan sentiasa berada dijalan yang benar.

Keempat, “tahukah anak ibu manakah yang lebih penting, luar atau isi pensel ini?” Sudah tentulah
Arang atau Korbon di dalam nya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri
Kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau kesan goresan. Begitu juga kamu, apa saja yang
Kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau orang lain. Ibu berharap kamu akan
Selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Ini lah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa,
Jangan berputus asa. Apa saja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak
(walaupun nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan memberi bekas
Dalam jiwa mereka. Ulang-ulangkanlah! Dan berdoa selalu.
Wallahualam.

Sunday, May 6, 2012

AHAD...AHAD...AHAD...







Assalamualaikum, salam Ahad buat semua..

Bagi kita yang hidup di zaman ini, bila sebut AHAD, maka kita akan associate atau kaitkan dengan cuti dan bermalas-malasan, bergembira dengan keluarga atauenjoy bershopping dengan kawan-kawan atau keluarga.

Tapi saya sengaja ingin menukar sedikit perspektif, dengan melihat perkataan Ahadyang mempunyai makna signifikan dengan ketauhidan. Suka saya menarik perhatian pembaca menelusuri suatu kisah yang kita sering dengar sejak kecil dulu, sekadar renungan di hari Ahad ini...

**** 

BILAL BIN RABAH : “KULITNYA HITAM, HATINYA PUTIH”

Di mana sahaja kita berada di pelusuk dunia, pasti akan ada orang yang mengenali Bilal Bin Rabah. Kelahirannya dari bumi Habsyah, mengikut riwayat lain, dari negara Hijaz.

Kulitnya berwarna hitam, ternyata hatinya putih berseri dengan basuhan wudhu’ yang tidak pernah diabaikannya sejak keislamannya. Terbukti dengan kisah Isra’ dan Mikraj Nabi SAW yang mendengar tapak kakinya di dalam syurga, walhal beliau masih hidup di bumi yang maha fana’.


“Wahai Bilal, apakah amalan yang kamu tidak pernah tinggal? Sesungguhnya aku mendengar tapak kakimu sudah berada dalam syurga” Nabi SAW bertanya setelah pulang dari perjalanan Isra’ dan Mikraj.
 Bilal menjawab, Aku tidak akan melakukan azan melainkan aku akan solat dua rakaat. Apabila aku berhadas, pasti aku akan berwudhu’, selepas itu, aku akan menunaikan solat dua rakaat”.

Beliau menjadi hamba kepada seorang tokoh besar kafir, Umayyah bin Khalaf. Seorang yang sangat membenci Islam. Berani dengan orang lemah, tetapi takut dengan orang yang berkuasa.
Semasa bilal masih hamba, berita keislaman bilal menyebabkan dia menjadi berang, sehingga sanggup menyeksa bilal sezalim-zalimnya. Dia menelanjangkan Bilal, lalu mencampakkan tubuh yang tidak seurat benang itu ke padang pasir yang kepanasan. Di letakkan batu yang berat di dada bilal, sehingga sendat penafasan Bilal. Tidak dapat dilafaz, melainkan “AHAD.. AHAD.. AHAD..” sahaja, sebagai tanda ketauhidan Bilal terhadap Allah SWT.

Abu Bakar As-Siddiq R.A melihat kezaliman Umayyah yang sudah sampai ke tahap luar dari peri kemanusiaan, malah peri kebinatangan, menyebabkan Abu Bakar telah membeli Bilal, malah memerdekakannya.

Bilal terselamat dari seksaan Umayyah, tetapi kejahatan Umayyah tidak berhenti sekadar itu, malah berterusan pula dilakukan terhadap keluarga Ammar bin Yasir sehingga berlaku pembunuhan terhadap bapa Ammar, Yasir dan ibunya, Sumayyah binti Al-Khayyat.
Umayyah yang jahat dibunuh Bilal dalam peperangan Badar, waimma pada asalnya, dia tidak mahu terlibat dalam peperangan badar tersebut. Dia sudah menjangkakan, kehadirannya dalam peperangan badar akan menyebabkan dia berketemu dengan Bilal.

Tidak mahu terlibat dalam peperangan badar, memperlihatkan kekecutan Umayyah yang dilihat berani dihadapan hamba-hamba yang lemah. Uqbah bin Abi Muayyit memperlekeh Umayyah dengan menggambarkan Umayyah seperti perempuan.
Diambilnya setanggi wangian, diperasapkan dihadapan Umayyah seraya berkata, ”wangian setanggi akan melekat kepada tubuh kamu wahai Umayyah. Ini menandakan, kamu sebenarnya tidak jantan, tetapi adalah wanita,” Abu Muayyit ketawa terbahak-bahak.
Bagai dipelempang ke muka dengan penghinaan yang dilakukan oleh Abu Muayyit itu, menyebabkan Umayyah terlibat juga dalam peperangan Badar yang merupakan perang yang terakhir dia sertai, seterusnya berjumpa dengan Tuhan yang maha memberi keadilan.


Umayyah terbunuh dalam peperangan badar dengan tetakan pedang yang dilakukan oleh Bilal. Sebelum tetakan terkena lehernya, kelihatan diwajahnya rupa ketakutan, tidak seperti Bilal yang diseksanya dahulu.

Sejak keIslaman Bilal, beliau sangat rapat dengan Nabi SAW. Kulitnya yang hitam, tidak pernah dijadikan perasaan 'geli geleman’ dalam hati Nabi untuk menjadikannya sebagai sahabat yang rapat.

Di saat azan disyariatkan, bilal yang menyebut kalimah ”ahad, ahad dan ahad” dikala awal keislamannya yang diseksa oleh kuffar, dilantik oleh Nabi SAW sebagai Muazzin (baca : tukang azan). Perlantikan yang membawa satu pengiktirafan terhadap keimanan dan keislaman bilal sehingga ke hari ini.

Selepas kewafatan Nabi, Bilal bersedih hati yang teramat sangat. Beliau tidak sanggup melihat maqam Nabi SAW. Apabila dilihat ke Makam nabi, pasti matanya tidak disedari menitiskan air.
Tidak sanggup menahan kerinduan, dia berjumpa dengan Abu Bakar As-Siddiq yang baru dilantik menjadi Khalifah untuk meminta izin untuk berpindah ke negara lain. dia tidak bersedia untuk menjadi muazzin di saat Nabi SAW tidak dapat dilihat lagi.
Dengan pujukan dan rayuan, Abu bakar As-Siddiq memintanya kekal sebagai muazzin. Dengan berat hati dan bertanggungjawab, tidak sanggup dia menolak permintaan Abu bakar As-Siddiq yang menyelamatkannya dari seksaan Umayyah bin Khalaf di awal Islamnya dahulu.

Di awal pemerintahan Umar bin Al-Khattab menjadi khalifah, permintaan yang sama diajukan oleh Bilal. Permintaan itu dimakbulkan oleh Umar.
Dia berhijrah ke Syria. Tinggal di sana, meneruskan sisa hidup dengan berdakwah dan berjihad. Dia tidak mengabaikan tugasan dakwah yang ditarbiyyah oleh Rasulullah SAW.
Semasa di syria, dia telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW.
“Wahai Bilal, apakah kamu tidak merinduiku? Apakah kamu tidak mahu menziarahiku?” soal Nabi Muahmmad SAW dalam mimpi bilal.

Sedar dari mimpi, bilal kesedihan. Kerinduannya terhadap Nabi semakin meluap-luap. Air matanya mula menitis. Dia terus berazam, akan ke Madinah; menziarahi kubur Nabi SAW sebagai cara untuk menghilangkan kerinduannya terhadap Rasulullah SAW.
Sesampai di Madinah, Bilal terus meluru ke kubur Nabi SAW. Melihat kubur nabi, hatinya sudah tidak tertahan lagi, dia menekup mukanya, kelihatan air mata menitis lebat.
Dia berjumpa dengan cucunda Nabi SAW; Hasan dan Husain. Dia memeluk dan mencium kedua-duanya.
Dalam suasana kesedihan itu, Hasan dan Husain berkata, “Pak Cik Bilal, kami terlalu ingin mendengar azan kamu”

Pemintaan dua cucunda Nabi SAW itu tidak dihampakan. Beliau naik di atas bumbung kaabah dan berdiri. Beliau pun memulakan laungan azan.
“Allahu akbar, Allahu akbar… Allahu Akbar, Allahu Akbar” laungan pertama menyebabkan madinah kegamatan. Ramai rakyat madinah terkejut. Mereka keluar dari rumah masing-masing.
Apabila sampai laungan, “Asyahadu Anna muhammad Rasulullah” kegamatan Madinah itu telah bertukar dengan kedengaran tangisan manusia.
Tangisan yang berpunca, cari kerinduan mereka terhadap nabi SAW. kerinduan bersama kekasih Allah yang merupakan seorang pemimpin yang tercinta.

Semasa Bilal di Syria, beliau tidak dilantik menjadi muazzin. Lagipun, sebarang permintaan terhadap beliau untuk jawatan tersebut, pasti akan ditolak.

Di saat Umar bin Al-Khattab menjadi Khalifah, beliau telah menziarahi Syria. Memandangkan orang syria tidak pernah mendengar azan laungan bilal, mereka berjumpa dengan Umar, meminta agar Umar memohon untuk Bilal melaungkan azannya.
Awalnya, permohonan umar itu ditolak, tetapi setelah diminta, waimma untuk satu solat sahaja, maka Blal pun akur. Bilal naik di atas menara, dan memulakan laungan azannya. Sahabat-sahabat Nabi SAW yang berada di Syria menangis mendengar azan Bilal tersebut, sedang orang yang paling keras menangis ketika itu adalah Umar bin Al-Khattab sendiri.

Inilah Bilal bin Rabah, seorang sahabat yang tidak mempunyai rupa yang cantik, tetapi perjuangannya dalam memenangkan dan mengembangkan Islam ternyata ikhlas, malah terbukti diterima oleh Allah SWT semasa hidup beliau lagi.

Beliau meninggal dunia di Syria sewaktu umurnya 60 tahun lebih. Beliau meninggal dunia pada tahun 20 hijriah. Mengikut riwayat lain, beliau meninggal dunia pada tahun 21 Hijriah.

***

Marilah sama-sama kita renungkan, apakah nilaiannya AHAD di hati kita? AHAD... AHAD... AHAD...